Monday, May 18, 2009

Ramuan lima penawar untuk bersihkan hati ;


  1. Bergaul dengan orang-orang yang soleh
  2. Sentiasa membaca Al-Quran
  3. Memelihara perut daripada makanan haram
  4. Melakukan solat malam
  5. Selalu berzikir dan berdoa pada Allah terutamanya pada waktu Subuh
  6. Berbekalkan ramuan-ramuan ini, potensi dan prestasi hati meningkat sehingga akhirnya manusia mencapai makam yang mulia iaitu… TAQWA..
-------------------------------------------------------------------------------------------------


  1. Kesusahan didunia bukan beerti Allah tidak menyukai seseorang
  2. Begitu juga kemewahan yang Allah berikan bukan beerti Allah meredhoinya
  3. Redho di atas takdir adalah sifat mukmin yang sejati
  4. Keimanan seseorang adalah lebih mahal dari dunia dan isinya
  5. Apa maknanya kemewahan jika tidak Syukur dan beriman pada Allah SWT

-------------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Buatlah kawan dengan siapa saja asal bertujuan untuk memperbaiki hubungan silatur-rahim serta mendekatkan diri kepada Allah SWT
  2. Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan, berusaha memperbaiki akhlak kawan suatu kebajikan yang lain
  3. Mencari teman mudah, namun mencari kawan yang seiya itu sulit
  4. Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
  5. Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi arasy pada hari yang tiada naungan kecuali Naungan-Nya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

7 Wasiat Penting

  1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan kemanisan ibadahnya.
  4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul qatimahnya.
  5. Orang yang bodoh janganlah kami harapkan sangat akan hidup hatinya.
  6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

No comments:

Post a Comment